Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah hingga Rabu ini.<br /><br />Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 12.05 tengah Malam tadi, Metmalaysia meramalkan hujan berterusan di Terengganu iaitu di Dungun dan Kemaman serta di Pahang melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin.